Terkini

Menu

Pendidikan

Anak Lambat Bercakap



Bagaimana cara menilai keupayaan anak-anak bertutur atau berkomunikasi? Berikut beberapa panduan yang boleh membantu anda :

Sebelum 12 Bulan
Sangat penting untuk anda mengenal pasti sama ada si manja anda sedang menggunakan suara mereka untuk berhubung dengan persekitarannya. Berdekut (bercakap secara lembut) dan mengagah adalah peringkat awal perkembangan pertuturan si manja. Apabila semakin membesar (sekitar 9 bulan), bayi anda mula menggabungkan bunyi yang dihasilkan seperti “mama” dan “papa” (walaupun masih belum benar-benar memahami perkataan yang dilafazkan itu).

Dalam usia ini juga si manja anda perlu peka kepada bunyi dan mula mengenali nama-nama objek yang biasa diperhatikannya seperti botol susu dan puting. Bayi yang bersungguh-sungguh memerhati tetapi tidak bertindak balas kepada bunyi yang terhasil menunjukkan tanda-tanda hilang pendengaran.


Dari 12 Hingga 15 Bulan
Dalam usia sebegini si manja perlu menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan ketika diagah seperti p, b, m, d, atau n. Mereka mula meniru bunyi yang lebih kurang dengan perkataan yang diucapkan oleh ahli keluarganya. Biasanya satu atau lebih perkataan yang diucapkannya (tidak termasuk “mama” dan “papa”) secara spontan. Kata nama seperti “bayi” dan “bola” adalah perkataan awal si manja. Anak anda juga berupaya untuk memahami dan mengikut arahan mudah seperti “berikan mama bola itu.”


Dari 18 Hingga 24 Bulan
Keupayaan kanak-kanak adalah pelbagai. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 18 bulan mampu menyebut 20 perkataan. Apabila menginjak usia dua tahun pula mereka boleh menyebut 50 perkataan atau lebih.

Sewaktu di usia dua tahun si manja anda mula menggabungkan dua perkataan untuk membuat ayat-ayat yang mudah seperti “baby menangis“ atau “lori besar.”


Dari 3 Hingga 4 Tahun
Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan peningkatan seiring dengan kefahamannya .

Pada usia tiga tahun, anak anda perlu memahami maksud “letak cawan itu di atas meja” atau “simpan permainan itu di bawah katil.” Anak anda juga harus tahu mengenal pasti warna dan memahami konsep deskriptif seperti; banyak berbanding sedikit.


Si manja mungkin bermasalah jika:
  • Tidak menggunakan gerak isyarat, seperti menunjuk atau melambai selamat tinggal ketika usianya sudah menjangkau 12 bulan.
  • Lebih gemar membuat gerak isyarat berbanding lisan dalam komunikasi meskipun usianya telah menginjak 18 bulan.
  • Memiliki masalah untuk meniru bunyi sewaktu usianya menjangkau 18 bulan.
  • Mempunyai kesukaran memahami permintaan lisan yang mudah.
  • Hanya mampu meniru ucapan atau tindakan orang lain dan tidak mengeluarkan perkataan atau frasa secara spontan.
  • Hanya menghasilkan bunyi atau perkataan-perkataan tertentu secara berulang kali dan tidak boleh menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi dengan serta-merta.
  • Tidak mampu mengikut arahan mudah.
  • Mengeluarkan nada yang luar biasa (seperti berbunyi parau atau dari hidung).

Doa Anak Lambat Bercakap


Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap
  1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
  2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap-tiap kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.
  3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. 
Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

MAMAPEDULI.INFO™

Kami menyediakan info-info sekitar keibubapaan dari pelbagai sumber yang dinyatakan bagi tujuan rujukan bersama. Pertimbangan dan rujukan daripada pakar atau pengamal bertauliah amatlah perlu sebelum sesuatu aspek diamalkan

2 ulasan to ''Anak Lambat Bercakap"

ADD COMMENT
  1. Anak saya dulu lambat bercakap. 2 tahun 2 bulan baru bercakap. Sebelum2 ni semua yang dia nak dia akan tunjuk. Tetapi lepas tu bercakap tak berhenti2....

    BalasPadam
  2. Anak saya sorg umo 2thn 4bln masih xcakap.. dan abg nya 3thn 4bln baru nak mula ckp.. tp itu pun cakap sepatah sepatah je.. tp si abg bila disuruh atau kita berckp bdn dia, dia faham. Adiknya masih leka dgn dunia dia..

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM