Terkini

Menu

Pendidikan

Jantina Anak Mengikut Kalendar Cina

Jantina Anak Mengikut Kalendar Cina


Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan daripada carta ini menjadi ikutan kepada beribu-ribu pasangan seluruh dunia untuk dijadikan panduan memilih jantina bayi yang diinginkan oleh pasangan tersbut. Carta ini menjadi semakin popular apabila ia dikatakan hampir 99% tepat. (Wallahua'lam)


Anda boleh memilih jantina bayi samada lelaki atau perempuan yang menjadi pilihan anda mengikut carta ini. Sebagai contoh, jika anda menginginkan bayi lelaki ketika anda berusia 25 tahun (umur mengikut kalendar cina), pilihlahannya adalah bulan Febuari, Mac, Jun, Ogos, September, Oktober, November atau Disember dan sebaliknya jika anda menginginkan bayi perempuan. Sekiranya anda ingin melahirkan bayi anda pada bulan september pada tahun berikutnya, anda hendaklah berusaha sembilan bulan lebih awal iaitu pada disember tahun sebelumnya.

Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak dan perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi tersebut sihat dan cukup sifat, ia sangat memadai. Kita harus bersyukur dengan rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan zuriat.

Penting: Sebelum kita lihat carta dibawah, ketahui umur anda mengikut kalendar lunar cina terlebih dahulu. Anda boleh semak disini http://bit.ly/1ae7ULE



Contoh :
Umur Amy mengikut kalendar cina ialah 27 tahun dan kandungannya bakal lahir pada awal bulan September.
Ini bererti persenyawaan berlaku pada awal bulan Januari.
Maka lihat carta : Umur 27 bulan Januari = Perempuan.

PEHATIAN: Kalendar ini adalah sebagai rujukan sahaja, sebahagian ilmu dari masyarakat cina lama. Bagi umat Islam anda harus percaya dengan qada' dan qadar Allah dan seharusnya tidak taksub dan percaya 100% dengan keputusan dari kalendar ini.

Sumber

Share This:

Post Tags:

MAMAPEDULI.INFO™

Kami menyediakan info-info sekitar keibubapaan dari pelbagai sumber yang dinyatakan bagi tujuan rujukan bersama. Pertimbangan dan rujukan daripada pakar atau pengamal bertauliah amatlah perlu sebelum sesuatu aspek diamalkan

No Comment to " Jantina Anak Mengikut Kalendar Cina "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM