Terkini

Menu

Pendidikan

Manfaat Senaman Kegel Pada Wanita

Manfaat Senaman Kegel Pada Wanita 

Manfaat Senaman Kegel Pada Wanita
Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegel cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.

Manfaat Lain

Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir. 
Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

Cara Senaman

Manfaat Senaman Kegel Pada Wanita
Ia cukup senang dibuat:
  • Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing.
  • Tahan selama 2-3saat. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.

Buat 10-15 kali beberapa kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

Variasi Senaman Kagel

Manfaat Senaman Kegel Pada Wanita

Manfaat Senaman Kegel Pada Wanita 

Share This:

Post Tags:

MAMAPEDULI.INFO™

Kami menyediakan info-info sekitar keibubapaan dari pelbagai sumber yang dinyatakan bagi tujuan rujukan bersama. Pertimbangan dan rujukan daripada pakar atau pengamal bertauliah amatlah perlu sebelum sesuatu aspek diamalkan

No Comment to " Manfaat Senaman Kegel Pada Wanita "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM